DISEKITAR ZIARAH PIMPINAN MTD KE KAMPUNG PAHANG

>> Tuesday, January 12, 2010

Majlis Tindakan Dun (MTD) Inderapura telah berjaya melaksanakan Program Ziarah Kebajikan di Kg Pahang, Sg Soi, Kuantan. Program tersebut dihadiri oleh Sdr Mohd Razali Ramli Pengarah MTD, Sdr Zulkifli Mat Tan sebagai Pegawai Perancang Strategi & Latihan Kemahiran MTD, Ust Fadhli Ibrahim (ketua DPP Kaw Kuantan merangkap Ketua Penerangan MTD) dan Ustzh Rosmaini Mustaffa (Ajk Muslimat Pas Kawasan Kuantan merangkap Ketua Penerangan Halwa MTD). Turut bersama beberapa orang jawatankuasa MTD yang lain.
Di dalam program tersebut diadakan majlis takirah yang disampaikan oleh Ust. Fadhli Ibrahim dan Ustazah Rosmani Mustafa, disamping sesi ramah mesra serta penyampaian sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Ajk Halwa MTD Inderapura sedang melayan
tetamu-tetamu yang hadir
Pengarah program (berdiri) telah mempengurusikan program.Turut kelihatan
Sdr Zulkifli Mat Tan dan Sdr Mohd Razali Ramli (Pengarah MTD Inderapura)
Salah seorang pemilih Kg Pahang datang meluahkan isi hatinya terhadap pimpinan
MTD Inderapura
Puan Siti Rokiah sedang beramahmesra dengan seorang pemilih
Sdr Mohd Yunus Lan sedang mengisi borang untuk warga emas yang
datang mengadu tentang masalah mereka


Sdr Mohd Razali Ramli (Pengarah MTD Inderapura) sedang menyampaikan
sumbangan barangan kepada penduduk Kg Pahang.

Read more...

PENGELIBATAN PAS DALAM POLITIK MALAYSIA

>> Thursday, December 31, 2009

PILIHAN RAYA DAN PARTI POLITIK DI MALAYSIA

Kebanyakan umum tidak menyedari bahawa pilihan raya yang pertama telah diadakan pada tahun 1952 yang dinamakan Pilihan Raya Municipal Kuala Lumpur yang menyaksikan pertembungan antara UMNO-MCA (Perikatan) dengan Parti Kemerdekaan Malaya atau IMP yang dipimpin oleh Dato’ Onn bin Jaafar. Keputusan pilihan raya yang dijalankan itu menyaksikan Parti Perikatan pimpinan Tuanku Abdul Rahman memenangi 9 kerusi, IMP 2 kerusi dan Bebas 1 kerusi. Pada ketika itu PAS hanyalah merupakan sebuah pertubuhan atau persatuan sahaja dan hanya mula menyertai pilihan raya pada tahun 1955 hingga sekarang.

Era baru dalam sejarah Tanah Melayu bermula pada tahun 1955 apabila tarikh 1 Jun 1955 merupakan hari penamaan calon bagi merebut sebanyak 52 kerusi yang dipertandingkan mewakili Parlimen di seluruh Malaysia. Selepas itu pilihan raya umum Dewan Rakyat diadakan setiap empat atau lima tahun sekali bermula dari tahun 1955 di Semenanjung Malaysia dan 1969 bagi negeri Sabah dan Serawak. Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pilihan raya diadakan bermula pada tahun 1974 dan Wilayah Persekutuan Labuan 1986 diikuti oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya pula pada tahun 2004.

Sementara itu pertandingan memilih wakil ke Dewan-Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjung serentak dengan Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat bermula pada tahun 1959 begitu juga dengan negeri Serawak 1969 tetapi bagi negeri Sabah pilihan raya umum DUN diadakan lebih awal daripada peringkat Dewan Rakyat iaitu pada tahun 1967. Sementara bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tidak diwujudkan di peringkat DUN seperti mana berikut :

KEANGGOTAAN DEWAN RAKYAT DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

Bilangan kerusi Dewan Rakyat adalah ditetapkan oleh Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan manakala bilangan kerusi DUN ditetapkan oleh peruntukan yang berkaitan di dalam perlembagaan negeri berkenaan.

Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerusi Dewan Rakyat dan DUN telah bertambah berikutan dengan urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya. Pada tahun 1958 apabila urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang pertama dijalankan kerusi Dewan Rakyat adalah berjumlah 104 manakala kerusi DUN pula berjumlah 282. Jumlah kerusi Dewan Rakyat dan DUN ini bertambah apabila Sabah dan Serawak menyertai Malaysia dan urusan persempadanan semula untuk kedua-dua negeri itu dilakukan pada tahun 1966 untuk negeri Sabah dan pada tahun 1968 untuk Negeri Serawak. Berikutan itu jumlah kerusi Dewan Rakyat telah bertambah menjadi 144 kerusi dan DUN menjadi 362 dan seterusnya kajian semula persempadanan pilihan raya adalah seperti mana yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 Fasal 2.

Parti politik yang pernah menyertai pilihan raya di Malaysia ialah UMNO, MCA, MIC, PAS, Keadilan, FS/PSRM/PRM, Parti Progresif Rakyat, Parti Negara, Parti Malaya, Parti Tindakan Rakyat, Parti Demokratik Bersatu, DAP, Gerakan, USNO, SCA, Snap, SUPP, Pusaka/PBB, Pekemas, Sapo, Semangat 46, PBDS, SAPP, LDP, UPKO, NASMA dan beberapa parti bebas yang sentiasa menyertai pilihan raya dengan cara mereka tersendiri. Hampir semua parti ini pernah memenangi kerusi di peringkat Parlimen sejak pilihan raya pertama sehingga kini. Sepanjang 11 kali pilihan raya umum peringkat parlimen DAP adalah merupakan parti pembangkang yang paling banyak sekali memenangi jumlah kerusi iaitu sebanyak 122 kerusi walaupun hanya menyertai pilihan raya bermula pada tahun 1969. Ini diikuti oleh PAS sebanyak 87 kerusi (tidak termasuk jumlah yang dimenangi pada pilihan raya kali yang kelima pada tahun 1974 kerana bergabung dengan Barisan Nasional).

LAKARAN SUKA DUKA PAS DALAM PILIHAN RAYA

1. Pilihan Raya Pra-Merdeka

PAS menyertai pilihan raya pertama dengan bertanding 11 kerusi dan menang satu di Kerian Perak melalui calonnya PAS Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin.

2. Pilihan Raya Pasca Merdeka

Pada pilihan raya pertama selepas merdeka pada 19 Ogos 1959 di peringkat Parlimen PAS menang 13 kerusi (9/10 Di Kelantan dan 4/6 di Terengganu) sementara pada 20-27 Mei 1959 pilihan raya di peringkat negeri, dari 104 kerusi yang dipertandingkan PAS menang 28/30 di Kelantan dan menubuhkan kerajaan dan di Terengganu PAS juga membentuk kerajaan dengan kemenangan 13/24 DUN. Namun kerajaan PAS hanya bertahan 3 tahun 8 bulan di Terengganu sebelum jatuh melalui undi tidak percaya selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS menyertai UMNO. Sementara itu di negeri Perak PAS hanya menang 1 DUN.
Pada PRU 1964 Kerajaan PAS di Kelantan dapat dipertahankan dengan kemenangan 21/30 tetapi di Terengganu PAS gagal mengembalikan kemenangan dengan hanya menguasai 3 daripada 24 kerusi. PAS juga gagal di Perak apabila kerusi yang dimenangi pada 1959 dirampas oleh Perikatan. Di peringkat Parlimen pula PAS menang 8/10 di Kelantan dan 1/6 di Terengganu

PRU berikutnya pada 10 Mei 1969 sekali PAS berjaya mengekalkan Kerajaan PAS di Kelantan dengan memenangi 19/30 kerusi dan di Terengganu penambahan kerusi daripada 3 kepada 11/24. Di Kedah Perikatan telah dikejutkan dengan kemenangan PAS bagi kali pertama merebut lapan daripada 24 DUN, manakala di Perak berjaya memenangi semula satu kerusi daripada 40 yang dipertandingkan. PAS juga mengekalkan kemenangan 1/12 di DUN Perlis. Di peringkat Parlimen PAS menang 6/10 kerusi di Kelantan, 2/6 di Terengganu serta kali pertama di Kedah 3/12 dan 1/20 kerusi Parlimen di Perak.

Pasca Peristiwa 13 Mei 1969 telah merubah sejarah politik negara apabila pada tahun 1971 PAS bekerjasama dengan UMNO, Perikatan dibubarkan dan diganti dengan Barisan Nasional (BN). Pada pilihan raya berikutnya PAS atas tiket BN menang semua kerusi dan mengetuai kerajaan BN di Kelantan dengan kemenangan 20 kerusi PAS, 15 UMNO dan 1 MCA dan di peringkat Parlimen 7 kerusi PAS , 5 UMNO.

3. PAS vs Barisan Nasional

Penyertaan PAS dalam BN telah mengubah iklim politik dalaman PAS. UMNO yang sentiasa berusaha mengatasi pengaruh menyebabkan PAS terpaksa disingkir keluar kerajaan dan tidak menjadi komponen BN.

PAS kemudiannya menghadapi krisis dalaman dan UMNO berjaya menggugat kerajaan PAS Kelantan melalui MAGERAN pada 8 November, 1977. Pilihan Raya Umum 1978, PAS hanya menang 2/36 DUN, di Kedah PAS menang 7/26 DUN serta Pulau Pinang 1/26 DUN. Peringkat Parlimen Kelantan hanya 2/10 kerusi dan 1/9 di kerusi di Pulau Pinang.
Pilihan Raya Umum 1982 PAS menang 10/32 DUN di Kelantan, menang 5/28 DUN di Terengganu, menang 2/26 DUN di Kedah serta 1/12 DUN di Perlis. Peringkat Parlimen 4/12 di Kelantan dan 1/13 di Kedah.

Pilihan Raya Umum 1986, PAS menang 10/39 DUN di Kelantan, 2/32 DUN Terengganu, menang 3/28 DUN di Kedah dan 1/12 DUN di Perlis, di Parlimen hanya 1/13 kerusi parlimen negeri Kelantan iaitu di Pangkalan Chepa yang diwakili oleh Allahyarham Hj. Nik Abdullah Arshad.

Pada Pilihan Raya Umum 1990 PAS dapat memerintah Kelantan hasil kerjasama dengan Semangat 46 di mana PAS menang semua 24 kerusi, Semangat 46 mendapat 13 kerusi, Berjasa dan Hamim masing-masing 1 kerusi dan BN kalah semua 39 DUN. Di peringkat parlimen PAS menang kesemua 6 kerusi dan 7 kerusi di raih oleh Semangat 46. Di Terengganu PAS menang 1 kerusi Parlimen dan satu oleh Semangat 46 dan di DUN Terengganu PAS hanya menang 3/32. Sementara itu di Kedah kemerosotan PAS amat ketara kerana hanya memenangi 1 DUN sahaja.
Pilihan Raya Umum 1995, PAS berjaya mempertahankan kemenangan di Kelantan dengan memenangi 24 kerusi, 12 kerusi oleh Semangat 46 dan BN berjaya merampas 7 kerusi DUN dari 41 yang dipertandingkan. Peringkat Parlimen PAS menang 6 kerusi sementara Semangat 46 menang 6 dari 8 kerusi yang bertanding, iaitu kalah di Peringat dan Jeli. Di Terengganu PAS masih mengekalkan satu kemenangan di Parlimen Marang.

Pilihan Raya Umum 1999 merupakan lonjakan pengaruh PAS di seluruh negara ekoran perpecahan UMNO apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO. PAS Kelantan meningkatkan kemenangan kepada 41/43 DUN. Pilihan raya kali ini PAS bekerjasama melalui Barisan Alternatif (BA) iaitu melibatkan DAP, Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan PRM. Di Kelantan Keadilan tidak bertanding di DUN dan hanya bertanding 3 Parlimen dengan memenangi kesemuanya sementara PAS bertanding 11 Parlimen tetapi tewas 1 iaitu di Gua Musang.

Kejayaan pilihan raya atas nama BA juga membolehkan PAS memerintah Terengganu apabila memenangi 28/32 kerusi DUN dan kesemua 8 Parlimen yang mana Parlimen Kemaman di wakili oleh Keadilan. Bagi negeri-negeri lain kerjasama BA telah berjaya memenangi 8 DUN di Pahang ( 6 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan ), di Selangor 6 DUN (4 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan), di Kedah 12 DUN PAS dan 8 Parlimen PAS, di Perak 4 DUN (2 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan) serta 3 Parlimen ( 2 PAS, 1 DAP ), di Pulau Pinang 2 DUN (1 PAS, 1 DAP) dan satu Parlimen,di Perlis 4 DUN PAS.
Pada Pilihan Raya Umum 2004 BA hanya disertai oleh dua Parti Politik iaitu PAS dan Keadilan kerana DAP telah menarik diri dari BA. Pertukaran kepimpinan BN dari Dr Mahathir kepada Abdulah Ahmad Badawi mewujudkan senario baru iaitu pengundi ingin melihat perubahan selepas era Dr Mahathir. Suasana ini meninggalkan kesan kepada BA dengan jatuhnya kerajaan PAS Terengganu yang hanya memenangi 4/32 DUN, di Kelantan 23/21 dan memenangi 6 kerusi Parlimen, di Pulau Pinang hanya memenangi 1 DUN. Di Perlis juga 1 DUN, di Kedah 5/36 dan peringkat Parlimen hanya 1/15. Namun PAS mencatat sejarah baru apabila kali pertama memenangi 1 DUN di Johor di DUN Senggarang yang di wakili oleh Dr. Ramli bin Mat Kari yang menang tanpa bertanding. Bagi negeri-negeri lain yang pernah meraih kemenangan pada pilihan raya 1999 kecundang untuk mendapat sebarang kerusi sama ada PAS atau pun Parti Keadilan Rakyat.

Sunami politik telah melanda Malaysia dalam pilihan raya umum ke 12, Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, PKR dan DAP telah berjaya memerintah 5 negeri, mengekalkan Kelantan, membentuk kerajaan di Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang disamping itu menafikan majoreti 2/3 di Dewan Rakyat yang tidak pernah berlaku dalam sejarah sejak 11 kali pilihan raya umum diadakan. Gabungan Pakatan Rakyat memenangi 82 kerusi Dewan Rakyat daripada 222 yang di pertandingkan 11/15 di Kedah, 12/14 di Kelantan, 1/8 di Terangganu, 11/13 di Pulau Pinang, 11/24 di Perak, 2/14 di Pahang, 10/11 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 3/8 di Negeri Sembilan, 1/6 di Melaka, 1/26 di Johor, 1/25 di Sabah dan 1/31 di Serawak

Sementara itu sebanyak 197 kerusi Dewan Undangan Negeri menjadi milik Pakatan Rakyat daripada 505 yang dipertandingkan dengan pecahan PAS 84, DAP 73, PKR 40. Suasana ini memperlihatkan bahawa Pakatan Rakyat berjaya menghantar wakil kedalam semua Dewan Undangan Negeri sepertimana pecahan berikut, 2/15 di Perlis, 22/36 di Kedah, 39/45 di Kelantan, 8/32 di Terengganu, 29/40 di Pulau Pinang, 31/59 di Perak, 4/42 di Pahang, 36/56 di Selangor, 15/36 di Negeri Sembilan, 5/28 di Melaka, 6/56 di Johor, 1/60 di Sabah.

4. Kerjasama Politik dengan Parti-Parti Lain. Bil. Tahun Catatan Catatan3. 1955 Sebelum Merdeka Bersendirian4. 1959 Bersendirian5. 1964 Bersendirian6. 1969 Bersendirian7. 1974 Bermula Krisis Dalaman Dalam BN8. 1978 Dalam Krisis Bersendirian9. 1982 Dalam Krisis Bersendirian10. 1986 Kepimpinan Ulama Bersendirian11. 1990 Era Angkatan Bersama S4612. 1995 Era Angkatan Bersama S4613. 1999 Lembaran Baru BA Bersama BA14. 2004 Era BA Bersama BA15. 2008 Era Pakatan Rakyat PAS, PKR, DAP

PENDEKATAN PILIHAN RAYA PAS

Matlamat perjuangan PAS adalah cukup jelas iaitu menegakkan sebuah pemerintahan yang terlaksana dalamnya hukum-hukum Allah SWT. Bagi mencapai tujuan PAS memilih saluran pilihan raya selaras dengan pendekatan saluran kebanyakan Gerakan Islam di dunia ketika ini.
Dalam sistem pilihan raya kemenangan atau kekalahan adalah ditentukan oleh para pengundi. Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap ahli PAS sama ada ia seorang ulama, pemuda atau Muslimat untuk bekerja dan berjihad menambahkan bilangan pengundi PAS dan mengurangkan undi parti lawan sehingga ke tahap PAS boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya.

1. PENDEKATAN PILIHAN RAYA

Dalam usaha memenangi pilihan raya pendekatan dan strategi dijalankan adalah dengan memilih sikap terbuka dan sederhana tanpa menjejaskan matlamat perjuangan. Contohnya :

a) Dalam Pilihan Raya Umum 1986 – persefahaman dengan Chinese Consultative Council (CCC)
membuka lembaran baru dakwah kepada orang bukan Islam terutamanya kaum Tionghoa

b) Dalam Pilihan Raya Umum 1990 dan 1995 - melalui kerjasama dengan parti-parti yang
didukung oleh orang-orang Islam seperti Semangat 46, BERJASA, HAMIM lahirlah
ANGKATAN PERPADUAN UMAH yang membawa kepada pembentukan kerajaan yang
dipimpin oleh PAS di Kelantan;

c) Dalam Pilihan Raya Umum 1999 dan 2008 – melalui kerjasama dengan PRM, Keadilan dan
DAP yang dinamakan Barisan Alternatif berjaya menerobos dominasi BN di negeri-negeri
Semenanjung dan PAS membentuk kerajaan di Terengganu.

d) Dalam Pilihan Raya Umnu ke 13 - melalui kerjasama PAS, PKR dan DAP atas nama Pakatan
Rakyat.

Pendekatan-pendekatan tersebut telah berjaya mengikis imej PAS yang dilabelkan oleh UMNO sebagai sebuah parti perkauman, berfahaman sempit dan ekstrem. Pendekatan ini memberikan imej yang positif kepada PAS terutama di kalangan masyarakat bukan Islam. Melalui sikap yang terbuka dan sederhana PAS dapat terjun ke tengah-tengah masyarakat, membimbing masyarakat untuk akhirnya mengambil ahli kepimpinan masyarakat daripada UMNO.

MENGAMBIL KESEMPATAN INI KAMI DARIPADA PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010 KEPADA PEMBACA SEMUA SEMUGA SENTIASA BERSAMA KAMI (PAS FOR ALL), DISAMPING ITU JUGA PIHAK KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN DARI PEMBACA MENERUSI E-MAIL KAMI DI ALAMAT mtdinderapura.gmail.com

Read more...

PAS Pahang serah deklarasi perkasa bahasa kepada Muhyidin

>> Friday, September 4, 2009

Hazayani Zakaria
harakah;

PUTRAJAYA, 3 Sept: Setelah menyerahkan deklarasi seminar mereka, PAS Pahang menunggu tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berhubung tuntutan mereka agar Bahasa Malaysia di martabatkan sebagai bahasa rasmi dan pembudayaan bangsa.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan berkata demikian selepas mengetuai serahan satu deklarasi seminar kepada Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin di Putrajaya pagi tadi.

Deklarasi berkenaan diterima Setiausaha Sulit Kanan Menteri, Khairul Anwar Bachok dan akan dipanjangkan kepada Muhyiddin.

Hadir sama dalam serahan tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr. Hamzah Jaafar dan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Roslan Zainal.

"Dalam masa terdekat kita akan pastikan perkara ini dapat dilaksanakan dan sekiranya ianya tidak nampak hasil tindakan daripada pihak kementerian insyaAllah tindakan susulan kita akan adakan,"katanya.

Deklarasi yang diperoleh hasil Konvensyen Memartabatkan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Rasmi Dan Pembudayaan Bangsa yang diadakan pada 16 Ogos lalu di Kompleks Imam As Syafie, Jerantut Pahang mengandungi lima tuntutan.

Pertama, peserta konvensyen tersebut menggesa kerajaan bersungguh-sungguh dalam mendaulatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan pembudayaan bangsa dalam amalan pemerintah seperti yang terkandung dalam 152 Perlembagaan Malaysia.

ImageSebarang bentuk ancaman terhadap kedaulatan, pengukuhan dan pembudayaan bahasa seperti yang berlaku sekarang mesti diberhentikan dan dibantah sekeras-kerasnya.

Kedua, mereka mendesak kerajaan menghentikan serta merta dasar pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana jelas menjejaskan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan pembudayaan dalam sistem pendidikan negara.

Dasar itu juga menjadi ancaman terhadap masa depan anak bangsa terutamanya pelajar-pelajar di kawasan luar bandar.

Tuntutan ketiga merupakan desakan kepada kerajaan agar mengembalikan semula tulisan jawi dalam sistem pendidikan bagi meningkatkan penghayatan Al Quran dalam kehidupan bermasyarakat.

Konvensyen berkenaan juga menuntut kerajaan mewajibkan mata pelajaran agama Islam sebagai mata pelajaran wajib lulus peperiksaan kepada pelajar beragama Islam di semua peringkat peperiksaan awam.

Tuntutan terakhir mereka adalah supaya kerajaan memberi ruang kepada semua bangsa lain mengamalkan bahasa ibunda masing-masing kerana ia merupakan perkara asas yang perlu dilindungi.

Dua kertas kerja dibentangkan pada konvensyen anjuran BAdan Perhubungan PAS Negeri Pahang, masing-masing dari Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan bekas Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan, Abas Awang.

Sementara itu, Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal berkata, PAS Pahang mahu PPSMI segera dimansuhkan kerana melihat kepada pencapaian pelajar-pelajar di negeri itu agak tercorotterutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

"Pahang amat prihatin dalam isu PPSMI kerana dari segi ranking pencapaian akademik samaada UPSR, PMR atau SPM pelajar-pelajar negeri ini tidak berada di antara yang teratas. Sebab itu kalau boleh kita memang mahu ditamatkan serta merta PPSMI kerana mangsanya ialah antaranya pelajar-pelajar negeri Pahang.

"Mereka yang tingggal di kawasan pedalaman, felda dan sebagainya tidak berkesempatan untuk memperoleh pendidikan yang setara berbanding mereka di kawasan bandar," kata Roslan. _

Read more...

Hantar artikel/hubungi kami


Nama anda
Email anda
Perkara/tajuk
Message
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP